Kerajaan cadang hantar lebih ramai pelajar ikuti pengajian TVET di luar negara – Ahmad Zahid

- Advertisement -

TOKYO – Kerajaan berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) selaras dengan hasrat memperkasa sektor TVET tempatan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu adalah transformasi bakal dilakukan kerajaan dalam bidang TVET selain untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa mereka yang mengikuti pengajian itu adalah kalangan pelajar tercicir dalam akademik.

“Walaupun TVET sudah bermula sebelum merdeka, usaha-usaha daripada kerajaan sebelum ini tidak dilakukan secara berfokus.

“Maka kita mahu menukar persepsi ibu bapa dan masyarakat bahawa bidang ini sebenarnya menjanjikan pekerjaan dan kerjaya yang lebih baik,” katanya pada majlis ramah mesra bersama kira-kira 70 pelajar Malaysia di Jepun hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, berkata kerajaan turut mempertimbang untuk menambah elaun sara hidup pelajar yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang itu di luar negara termasuk Jepun.

Bagi memperkasa sektor TVET negara, Ahmad Zahid yang kini dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Jepun bermula semalam, berkata kerajaan juga berhasrat mentransformasikan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebagai universiti TVET utama di Malaysia.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata hala tuju TVET baharu akan diumum pada 2 Jun depan sempena Hari TVET Negara.

Turut mengiringi Ahmad Zahid dalam lawatan kerja ke Jepun ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat