PULAU PINANG: Seramai 12 orang Sukarelawan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang menyantuni golongan gelandangan di sekitar bandar Georgetown.
Penyelaras Program #Siswakongsi , Mohd Nazmi Hakimi Eirman berkata, sebanyak 100 pak makanan telah diagihkan hasil sumbangan mahasiswa dan orang ramai kepada golongan tersebut.

“Pada 17 Februari 2023, sekumpulan Aktivis Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyantuni golongan gelandangan di sekitar Georgetown melalui program Santuni Gelandangan #SiswaKongsi.
”Tujuan utama program ini adalah untuk mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan sekali gus memberikan gambaran sebenar kehidupan golongan ini terutamanya di sekitar Georgetown.
”Sebanyak 100 pek makanan telah diagihkan yang disertai seramai 12 orang sukarelawan aktivis mahasiswa USM.” katanya kepada SuaraTV.
Jelasnya lagi, semua sumbangan merupakan hasil kutipan orang ramai dan aktivis mahasiswa sendiri.
kami berasa amat bersyukur dan terima kasih atas sumbangan, ujar Nazmi.

Katanya lagi, projek #Siswakongsi ini akan dilaksanakan secara berkala pada masa akan datang.
“Harapan kami adalah untuk terus melaksanakan program #SiswaKongsi ini dengan skala yang lebih besar dan sebagai mana di dalam Hadis Riwayat at-Thabrani, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” Katanya.

