#Siswakongsi USM santuni golongan gelandangan

- Advertisement -

PULAU PINANG: Seramai 12 orang Sukarelawan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang menyantuni golongan gelandangan di sekitar bandar Georgetown.

Penyelaras Program #Siswakongsi , Mohd Nazmi Hakimi Eirman berkata, sebanyak 100 pak makanan telah diagihkan hasil sumbangan  mahasiswa dan orang ramai kepada golongan tersebut.

Mohd Nazmi Hakimi sedang mengagihkan pak makanan hasil sumbangan mahasiswa dan orang ramai

“Pada 17 Februari 2023, sekumpulan Aktivis Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyantuni golongan gelandangan di sekitar Georgetown melalui program Santuni Gelandangan #SiswaKongsi.

”Tujuan utama program ini adalah untuk mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan sekali gus memberikan gambaran sebenar kehidupan golongan ini terutamanya di sekitar Georgetown.

”Sebanyak 100 pek makanan telah diagihkan yang disertai seramai 12 orang sukarelawan aktivis mahasiswa USM.” katanya kepada SuaraTV.

Jelasnya lagi, semua sumbangan merupakan hasil kutipan orang ramai dan aktivis mahasiswa sendiri.

kami berasa amat bersyukur dan terima kasih atas sumbangan, ujar Nazmi.

Muhammad Nor Azlan Yusof

Katanya lagi, projek #Siswakongsi ini akan dilaksanakan secara berkala pada masa akan datang.

“Harapan kami adalah untuk terus melaksanakan program #SiswaKongsi ini dengan skala yang lebih besar dan sebagai mana di dalam Hadis Riwayat at-Thabrani, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” Katanya.

Nurul Atikah Mohd Rashidan
Mohd Firdaus Mohd Nazri
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat