Sarjan kena reman bantu siasatan kes rasuah

- Advertisement -

KUANTAN – Seorang anggota polis lelaki berpangkat sarjan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah.

Perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini.

Anggota polis berusia 33 tahun itu didakwa meminta suapan RM7,000 daripada pengadu bagi membebaskan rakan pengadu yang ditahan kerana memiliki air ketum.

Sarjan yang bertugas di bahagian siasatan narkotik ditahan jam 11.45 malam tadi ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang untuk dirakam keterangan.

Perintah tahanan reman tujuh hari sehingga 24 Februari ini dikeluarkan majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat