Vandalisme: Murid yang terlibat akan dikenakan tindakan khidmat komuniti – JPN Pulau Pinang

- Advertisement -

PULAU PINANG: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memandang serius sebarang salah laku termasuklah vandalisme dan gangsterisme membabitkan murid sekolah di negeri ini.

Menerusi kenyataan media Jabatan Pendidikan Pulau Pinang meminta pihak pentadbir sekolah di semua peringkat seringkali diingatkan untuk mengambil langkah-langkah wajar bagi membendung dan mencegah perlakuan sedemikian.

“JPN Pulau Pinang mengambil maklum tentang rakaman video tular, yang mana memaparkan perlakuan murid merosakkan harta benda sekolah pada hari akhir sesi persekolahan 2022.

“JPN Pulau Pinang amat kesal akan kejadian tersebut dan akan memastikan isu ini diberi perhatian yang serius oleh pihak sekolah. Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi.

“Tindakan sewajarnya sedang diambil oleh pihak sekolah, yang mana sekolah telah memanggil murid yang terlibat bersama waris mereka pada hari ini (18 Februari) bagi membincangkan isu ini. Murid akan dilibatkan dalam khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi. Nilai kerugian kerosakan harta benda turut sedang dalam siasatan.” kata kenyataan itu.

JDalam pada itu, JPN Pulau Pinang sentiasa komited untuk memastikan kesejahteraan guru dan murid diberi perhatian.

Justeru kempen hentikan vandalisme serta pelan tindakan yang komprehensif akan dipergiatkan agar selari dengan tujuh teras KPM.

Dalam masa yang sama, JPN Pulau Pinang memohon portal-portal yang menyiarkan video tersebut tanpa menutup muka murid disaran untuk memadam video tersebut kerana bercanggah dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat