Ceramah, Aktiviti ‘Walkabout’ dan Ziarah Dibenarkan Pada PRN Johor – SPR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Penganjuran ceramah, ziarah ke rumah dan aktiviti ‘walkabout’ antara yang dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor, bulan depan.

Memetik laporan FMT, penganjuran ceramah politik bagaimanapun hanya dibenarkan di pejabat dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan kehadiran tidak melebihi 100 orang, termasuk penganjur, penceramah, urusetia dan peserta.

SOP yang dikeluarkan SPR itu juga memaklumkan, pihak penganjur perlu mendapatkan permit daripada polis dan tempoh setiap sesi ceramah hanya dibenarkan selama dua jam sahaja dan tidak melebihi jam 10 malam.

“Ceramah premis yang terbuka atau tempat umum tidak dibenarkan,” katanya dalam senarai SOP yang dikeluarkan, hari ini.

“Calon dibenarkan berkempen melalui kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara pada waktu ditetapkan dalam permit seperti dikeluarkan pihak polis,” kata kenyataan SPR itu.

Manakala bagi kempen ziarah ke rumah, hanya lima orang dibenarkan menyertainya dan tidak dibenarkan memasuki atau berjumpa pemilik rumah.

“Sebarang aktiviti mengedarkan risalah atau bahan kempen hendaklah dibuat di luar pagar dengan sentiasa memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

“Aktiviti ‘walkabout’ sepanjang tempoh pilihan raya dibenarkan namun perlu mematuhi SOP iaitu hanya lima orang peserta atau kurang dibenarkan menyertainya.

“Sidang media selepas mesyuarat parti dibenarkan dengan kehadiran individu terhad kepada mereka yang hadir semasa mesyuarat dan wartawan,” katanya.

Memetik laporan sama, SOP SPR itu juga menetapkan hanya satu bilik gerakan parti dibenarkan untuk beroperasi dalam satu daerah mengundi bagi setiap calon sepanjang tempoh berkempen.

“Had kapasiti bilik tersebut ialah 50% daripada kapasiti ruang dan penjarakan fizikal,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat