Nanti dah suntik vaksin tak ada alasan tangguh Parlimen – Rafidah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, negara lain juga melaksanakan kawalan dan prosedur ketat untuk mengawal jangkitan Covid-19, malah ada yang melaksanakan darurat, namun sesi Parlimen tetap berlangsung.

Sebaliknya, katanya yang berubah cuma cara mereka bersidang, mungkin secara maya dan sebagainya.

Jelas Rafidah, tetapi tetap ada persidangan dan Parlimen tidak sampai digantung.

“Tetapi di Malaysia lain pula kerana hal menangani Covid-19 dicampur aduk dengan politik.

“Harapnya selepas vaksin sampai nanti, tak ada lagi alasan untuk Parlimen disambung.

“Jangan nanti bagi pula alasan ada ahli Parlimen yang belum divaksin, tak boleh bersidang,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Rafidah memberitahu beliau secara peribadi akan menyokong jika ada gerakan untuk memohon penolakan pengisytiharan darurat di negara ini.

Rafidah juga meluahkan rasa kesal kerana darurat yang dilaksanakan kini didakwa lebih bermotif politik, namun menjadikan Covid-19 sebagai alasan.

“Niat dah lari. Sepatutnya darurat bukan jalan keluar. Kita cuma perlu kawal perjalanan, tutup sempadan dan asingkan rakyat.

“Nak menangani Covid-19 tetapi buat darurat. Kita sebagai rakyat, malah orang luar sendiri pelik dengan darurat yang sedang berjalan ini.

“Rupanya ia cuma membabitkan sidang Parlimen dan perkara-perkara berkaitan politik. Jadi sudah lari dari landasan.

“Saya difahamkan sekarang ada satu gerakan untuk minta bubarkan balik darurat dan saya secara peribadi sokong gerakan itu sebab saya mahu kita kembali fokus kepada agenda utama, iaitu menangani Covid-19,” katanya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat