KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan persampelan ujian Covid-19 dengan menggunakan air liur (deep throat saliva) bagi membantu memerangi pandemik itu.
Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, persampelan ujian Covid-19 menggunakan air liur telah dijalankan di beberapa negara.
Bahkan katanya, persampelan air liur lebih murah dan salah satu kaedah mengumpul data paling konsisten.
“KKM akan memulakan persampelan air liur ini diperingkat hospital-hospital dan akan diperkembangkan ke fasiliti kesihatan yang lain.
“Kaedah persampelan ini adalah selamat dan tidak invasif berbanding persampelan kaedah nasopharyngeal dan orapharyngeal swab.
“ Teknik sampel air liur ini juga akan mempercepatkan dan meningkatkan saringan Covid-18. Kaedah ini juga bersifat “self-collected” (dikumpul sendiri) dan akan menjimatkan pemakaian PPE,” jelas Dr Adham.