Kolaborasi lagenda pop Rock Uk’s dan SLAM di konsert “UK’SLAM Musical”

- Advertisement -

Sebuah konsert lengenda pop rock anjuran BOMBBAY LEGEND WORLDWIDE bersama AMIR UKS ENTERTAINMENT, bakal berlangsung yang berjudul “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” akan berlangsung pada 3 Febuari 2024 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Konsert tersebut bakal menghimpunkan seramai 7000 peminat untuk hadir dan menjadi sejarah dalam industri muzik tanah air apabila mengabungkan dua kumpulan legenda Pop Rock iaitu Uk’s dan SLAM diatas satu pentas untuk memberikan satu persembahan yang luar biassa yang akan mengembalikan nostalgia dan persembahan magikal kepada peminat-peminat yang hadir pada konsert tersebut.

Konsert yang berdurasi selama 3 jam itu bakal mempersembahkan himpunan seleksi 30 buah lagu terbaik dalam senarai all-time favourite bagi kedua-dua kumpulan seperti Rytham Si Jantung Hati, Untuk Apa, Di Luar Kemampuanku, Cintaku, Pahit Akan Manis, Rondo Cinta Buta, Minda Dan Jiwa, Siapa Yang Rampas Cintaku, Nafas Orang Kota, Bila Diri Disayangi, Di Sana Menanti Di Sini Menuggu, Prosarasa dan Tergamak Kau bagi seleksi lagu kumpulan UK’s.

Antara seleksi lagu-lagu kumpulan SLAM adalah seperti Buat Seorang Kekasih, Gerimis Mengundang. Nurkasih, Kembali Merindu, Kembali Terjalin, Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi, Kita Terpaksa Bermusuhan, Maria Mariana, Manisnya Rindu, Falsafah Cinta, Satukan Hati Kita, Janji Di Pateri, Kurnia dan Bukan Niat Membalas Derita.

Konsep persembahan ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melaui elemen visual dan muzikal yang akan digabungkan bersama-sama di dalam persembahan oleh kedua-dua kumpulan.

Kedua-dua kumpulan bakal mempertaruhkan gaya persembahan masing- masing, tentunya akan memberikan kelainan kepada peminat kerana masing- masing ada aura dan kekuatan tersendiri daripada pelbagai aspek dalam persembahan segmen solo.

Antara elemen yang akan diketengahkan di antara persembahan daripada setiap segmen ke segment yang lain akan disulami dengan susunan gabungan audio visual secara muzikal.

‘Magis’ yang akan ditonjolkan bagi persembahan kali ini adalah ‘gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini melalui lagu dan muzik yang akan dimulai dengan susunan irama akustik bagi mencapai harmoni bagi kedua dua buah kumpulan ini.

‘Gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini seterusnya akan membawa kepada persembahan yang lebih bertenaga dan energatik menerusi segmen yang akan membawa para peminat UK’SLAM bergabung menjadi satu untuk bersama-sama menyanyikan keseluruhan irama lagu hingga ke akhir persembahan.

Kumpulan UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad Saleh Bin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Bin Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s.

Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Bin Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Bin Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Bin Ahmad (keyboard), Nor Azli Bin Masrani (bass) dan Othman Bin Khalid (drum).

Konsert ini juga bakal disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi).

Tiket-tiket boleh didapati dengan melayari laman sesawang:
www.ilassotickets.com atau hubungi: Tiket hotline: +60 11-1329 7822 (Whatsapp)

Tiket berharga:
GOLD – RM588 (Numbered Seating)
SILVER – RM308 (Numbered Seating), BRONZE – RM248 (Numbered Seating)
YELLOW – RM408 (Numbered Seating) RED – RM248 (Free Seating)
BLUE – RM188 (Free Seating)
GREEN – RM108 (Free Seating)
ORANGE – RM208 (Free Seating) PURPLE – RM148 (Free Seating)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat