Tak perlu guna media massa tegur menteri, pegawai atasan – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan teguran atau pandangan kakitangan bawahan terhadap menteri dan pegawai atasan dalam pentadbiran sewajarnya tidak dilakukan melalui pihak ketiga seperti media massa.

Sebaliknya beliau berkata, kakitangan bawahan boleh menggunakan mekanisme sedia ada seperti pertemuan setiap hari atau melalui mesyuarat selepas mesyuarat Jemaah Menteri.

“Ada mesyuarat ‘post cab’. Dia boleh kemukakan pandangan. Kalau dia rasa agak menyinggung, mungkin dia jumpa secara berasingan. Tetapi dia harus ditegur.

“Saya dengan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) … saya selalu sebut dengan KSN, kalau arahan saya itu ikut peraturan dan sesuai. Kalau tidak, tolong nasihat. Ini barulah kita kerja berpasukan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Rabu.

Pada masa sama, Anwar lapor BH berkata semua kakitangan awam perlu menerima kenyataan mereka juga boleh ditegur oleh pegawai atasan sekiranya berlaku keterlanjuran.

Anwar berkata, jika amalan tegur menegur kesilapan itu tidak dilakukan, budaya rasa takut itu akan menyebabkan apabila pelanggaran berlaku tindakan tidak diambil untuk mencegahnya.

Media semalam melaporkan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengeluarkan satu garis panduan jelas berhubung kaedah atau mekanisme untuk penjawat awam membuat teguran terhadap Menteri yang didapati membuat keputusan melanggar peraturan dan undang-undang.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat dilaporkan berkata, ia bagi mengelakkan penganiayaan terhadap penjawat yang membuat laporan salah laku sedemikian.

Dalam ucapannya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri Isnin lalu, Anwar dilaporkan meminta dan kakitangan awam menegur sebarang keputusan dibuat oleh Menteri, termasuk Perdana Menteri jika ia didapati melanggar peraturan undang-undang.

Perdana Menteri berkata, pegawai yang melaksanakan arahan mengandungi apa yang disifatkan sebagai keterlanjuran, tidak boleh dipersalahkan berikutan ia diminitkan oleh menteri dan menyebabkan mereka mematuhinya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat