Zahid Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pesuruhjaya Kanak-kanak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pesuruhjaya Kanak-kanak untuk menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Menurut beliau, jawatankuasa ini adalah cabang khas yang ‘autonomous’ di bawah SUHAKAM bagi meneliti dan mendepani banyak masalah melibatkan penderaan dan masalah-masalah sosial yang lain melibatkan kanak-kanak.

“Dalam hal ini, saya telah dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempengerusikan jawatankuasa tersebut.

“Saya melihat pelantikan ini sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang besar memandangkan isu penderaan kanak-kanak belum dapat dituntaskan.

“Malah, terdapat beberapa isu lain berkaitan kanak-kanak masih lagi berlegar dan belum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan perhatian kita,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, Zahid akan memperhalusi terlebih dahulu mengenai penubuhan jawatakuasa ini secepat mungkin kerana ia turut melibatkan isu-isu yang terkait dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Justeru saya berharap melalui jawatankuasa ini, ia akan diberikan kuasa yang boleh bertindak sebagai badan penyelia mengenai perkara berkaitan pendidikan, hak dan jenayah terhadap kanak-kanak.

“Permasalahan anak-anak yang berbapakan warga asing atau beribukan warga asing akan turut ditangani oleh jawatankuasa ini dengan pelaksanaan dalam kadar segera oleh Kementerian Dalam Negeri. Ini juga merupakan satu lagi usaha di bawah Kerajaan Perpaduan yang prihatin untuk memberi pelindungan kepada kanak-kanak yang tidak sah taraf.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, yang telah mencadangkan sebelum ini agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menjaga hak dan kesejahteraan kanak-kanak akhirnya bakal diwujudkan melalui penggubalan satu akta yang baharu,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat