‘Macam tak percaya dipilih menerima penghargaan Anugerah Inspirasi’ – Linda Hashim

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Memang ada surat daripada mereka. Seorang saudara saya di Jakarta pun dah hubungi pihak terbabit dan mereka pun dah bagi surat tawaran.

“Kalau ikut surat itu, kita rasa macam ia betul. Tapi apabila saudara saya bertanya lebih lanjut berkenaan penilaian dari mana, mereka terus tak jawab.”

Demikian kata pelakon Linda Hashim berkenaan pemilihannya sebagai penerima penghargaan Anugerah Inspirasi dan Profesional Nombor 1 dari Majalah Penghargaan Indonesia.

Menurutnya, dia berasa musykil bagaimana kriteria pemilihan dibuat sedangkan pembabitannya dalam lakonan tidaklah seaktif dulu.

“Seorang pelakon wanita lain yang dah tak aktif sangat pun hubungi saya kata dapat juga undangan terima anugerah ini. Dia pun hairan daripada mana penilaian dibuat.

“Jadi saya bimbang sekiranya ia satu penipuan. Saya dah pernah kena scam dengan satu pihak di sana dan tak dinafikan mereka memang hebat dalam perkara ini.

“Itu yang buat saya berhati-hati. Jadi saya nasihatkan artis-artis yang dihubungi mereka ini berhati-hati. Saya bukan nak dengki kerana saya pun dapat juga. Cuma jangan terlalu teruja dan percaya,” katanya kepada Harian Metro.

Linda berkata, diikutkan ramai lagi artis di Malaysia yang lebih layak jadi pemenang tetapi kenapa dia yang terpilih.

“Pihak ini pula dari Indonesia dan saya pula pernah kena scam dengan orang sana. Saya bukan nak burukkan orang sana cuma nak ingatkan agar berhati-hati. Pergi sana tiba-tiba kena scam memang takutlah.

“Saudara saya juga ada hubungi hotel tempat acara ini dijadualkan berlangsung dan memang dimaklumkan pihak terbabit ada buat tempahan lokasi.

“Cumanya saya rasa masih ada sesuatu. Atau mungkin saya fobia kerana pernah kena tipu sebelumnya. Lagipun macam-macam cara orang guna untuk menipu sekarang,” katanya.

Oleh itu dia mahu mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jadual penerbangan, hotel dan kemudahan lain sebelum membuat keputusan lanjut.

“Setakat ini pihak terbabit belum memberikan jawapan. Jangan nanti kita yang kena keluarkan kos sendiri dan bayar itu ini.

“Apapun saya hairan bagaimana pihak luar boleh pilih artis kita sedangkan di Indonesia pun ramai artis yang berbakat besar,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan pelakon, Zalif Sidek mengakui berbesar hati apabila dipilih untuk menerima penghargaan Anugerah Inspirasi dan Profesional Nombor 1 dari Majalah Penghargaan Indonesia.

Menurutnya penyampaian anugerah ini akan berlangsung pada 27 Januari ini di Surabaya, Indonesia.

Pemilihan ini dibuat mungkin kerana pembabitannya sebagai pelakon iklan untuk beberapa produk antaranya, dari Indonesia, Extra Joss.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat