Elizabeth Tan dilamar syarikat pengurusan baru

- Advertisement -

Petaling Jaya: Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan, 29, sudah dilamar syarikat pengurusan terkemuka selepas kontraknya dengan Warner Music Malaysia (Warner Music) berakhir 12 Januari lalu.

Elizabeth yang mesra disapa Lizzy berkata, dia memutuskan untuk bernaung di bawah pengurusan baru kerana mahu beralih angin dan mencuba sesuatu yang baru.

“Pihak Warner Music ada menawarkan saya untuk menyambung kontrak tetapi saya rasa sudah cukup empat tahun saya bersama pengurusan mereka.

“Saya percaya sampai masanya untuk saya bernaung di bawah syarikat pengurusan baru pula dan menimba pengalaman baru,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai syarikat pengurusan itu, Lizzy berkata, ia masih dalam proses perbincangan lagi.

“Maaf, saya masih belum boleh mengumumkan secara terperinci mengenai syarikat pengurusan terbabit kerana perbincangan dari segi kontrak dan sebagainya masih belum selesai.

“Syarikat itu akan menguruskan karier nyanyian dan media sosial saya. Bila sudah selesai perbincangan dan saya sudah menandatangani kontrak secara rasmi baru saya boleh umumkan pada semua,” katanya.

Ditanya perancangan karier nyanyian, kata Lizzy, dia merancang untuk muncul dengan lagu dalam bahasa inggeris pada tahun ini.

“Saya akan beritahu butiran terperinci mengenai lagu baru itu selepas saya secara rasmi menandatangani kontrak dengan syarikat pengurusan terbabit,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini, Lizzy terpaksa menghantar surat guaman untuk keluar dari Warner Music selepas tiga tahun bernaung di bawah syarikat rakaman itu pada 2021.

Ia berikutan proses perundingan untuknya keluar secara rasmi dari Warner Music agak sukar kerana tidak mendapat kata sepakat daripada syarikat rakaman itu sehingga membabitkan peguam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat