Apple perkenal MacBook Pro dengan variasi M2 Pro serta M2 Max

- Advertisement -

Apple hari ini melancarkan dua variasi iaitu 14 serta 16 inci MacBook Pro yang dikuasakan dengan cip pemproses M2 Pro dan M2 Max.

Kedua-dua variasi berkenaan didatangkan dengan cip pemproses paling berkuasa sekali gus mampu untuk melaksanakan tugasan kompleks tanpa sebarang masalah.

Bagi variasi MacBook Pro berkenaan, ia sememangnya direka untuk keperluan pengguna yang pelbagai khususnya pemprosesan kompleks seperti penyuntingan video dan gambar berimej resolusi tinggi.

Hasil cip pemproses berkenaan, peranti berkenaan adalah enam kali lebih pantas daripada MacBook Pro yang menggunakan silikon Intel.

Ketahanan bateri MacBook Pro ini pula adalah lebih 22 jam dengan peningkatan ketersambungan yang menyokong WiFi 6E bersama-sama sokongan paparan 8K tanpda sebarang masalah.

Naib Presiden Kanan Pemasaran Seluruh Dunia Apple, Greg Joswiak berkata, MacBook Pro dengan silikon Apple ini merubah segalanya termasuk kelicinan tugasan oleh pengguna.

“Menerusi MacBook Pro baharu ini, ia dikuasakan dengan prestasi pantas, penambahbaikan ketersambungan dan ketahanan bateri paling lama,” katanya.

Menyentuh aspek spesifikasi, MacBook Pro dengan cip M2 Pro dilengkapi dengan 10 atau 12 teras CPU bersama lapan teras prestasi bersama empat teras efisien sekali gus memberi kuasa lebih 20 peratus berbanding cip M1 Pro.

Memori disatukan pula menyokong 200GB/s iaitu dua kali jumlah daripada M2 bersama sokongan 32GB memori terbina.

Untuk MacBook Pro dengan M2 Max pula dilengkapi dengan 38 teras dan memberikan lebih 30 peratus prestasi grafik berbanding M1 Max.

Kedua-dua variasi berkenaan dilengkapi dengan WiFi 6E untuk ketersambungan tanpa wayar dan sokongan paparan 8K 60Hz manakala untuk paparan 4K sokongan sehingga 240Hz.

Tanda harga untuk variasi 14 inci MacBook Pro dengan cip M2 Pro bermula RM8,799 manakala untuk 16 inci bermula RM10,799.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat