Bila Muhyiddin Nak Jumpa SPRM? – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil bertanya kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bila beliau akan tampil menberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan beberapa skandal yang didakwa terkait beliau.

Kata Isham, bekas Perdana Menteri itu sudah pulang ke Malaysia setelah lama bercuti di London dan Muhyiddin bertanggungjawab menjelaskan semua skandal yang terpalit itu.

“Sejak berminggu lepas netizen bertanya di mana Tan Sri Muhyiddin dan adakah dia masih berada di London sejak akhir tahun lepas, tapi dia tidak jawab. Semalam saya tanya di Facebook adakah dia sudah pulang ke Malaysia, dan lewat malam semalam baru dia jawab di Facebook bahawa dia sudah ada di Kuala Lumpur jumpa delegasi Singapura.

“Saya ingin tanya Tan Sri Muhyiddin, alang-alang sudah balik ke Malaysia setelah berminggu-minggu di London, bila mahu berjumpa SPRM pula? SPRM tentunya ingin berjumpa Tan Sri untuk ambil keterangan berkenaan kes RM92.5 billion dana kerajaan semasa darurat, kes PN rasuah pengundi, kes projek rundingan terus RM1.16 billion kepada syarikat menantu, dan juga bantu jawab kes rundingan terus projek tebatan banjir RM15 billion oleh kementerian air,” soal Isham di Facebooknya semalam.

Malah katanya selain SPRM, rakyat juga mahu tahu hal-hal ini.

“Jika dahulu selepas PRU14, Datuk Seri Najib tidak dibenar ke luar negeri, pasportnya dirampas, rumahnya digeledah dan rumah arwah bondanya dipecah oleh kerana kes RM2.6 billion, kali ini kes RM92.5 billion berkaitan Tan Sri ini adalah berpuluh kali ganda lebih besar dari itu dan adalah skandal rasuah dan salah guna kuasa yang terbesar dalam sejarah Malaysia, oleh itu takkan Tan Sri tidak mahu jawab hal ini dan bersenang lenang bercuti ke luar negeri dan berjumpa delegasi-delegasi asing sahaja?

“Banyak laporan polis dan SPRM telah dibuat. Pihak berkuasa sedang menyiasat, dan saya percaya mereka sedang tunggu Tan Sri untuk beri keterangan. Rakyat pun sedang tunggu. Sila jawab hal ini kepada rakyat. Jangan lari ke luar negeri lagi,” ujarnya.

Tambah Isham lagi, sesiapa pun tidak boleh terlepas daripada pengadilan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat