MITI Sasar Tarik Pelaburan, Teroka Perniagaan Peringkat Antarabangsa Bersama Sektor Korporat – Tengku Zafrul

- Advertisement -

DAVOS  – Misi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) bukan sahaja untuk menarik pelaburan ke Malaysia tetapi juga meneroka peluang perniagaan bagi syarikat tempatan ke peringkat antarabangsa.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata tugas mempromosi Malaysia bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata, malah ia turut digalas oleh sektor korporat.

Justeru, katanya, misi MITI ke Davos kali ini turut disertai agensi di bawah kementerian tersebut seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan InvestKL selain syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd, Petronas dan Sime Darby yang akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai syarikat terkemuka dunia.

“Kita telah menyediakan ruang yang kondusif di Malaysia House untuk memudahkan pelbagai perbincangan yang telah diatur. InsyaAllah, semua usaha kita akan membuahkan hasil, demi Malaysia,” katanya menerusi hantaran di akaun Instagram beliau hari ini.

Forum tahunan WEF ke-53 yang berlangsung dari 16-20 Jan itu menghimpunkan seramai 2,700 pemimpin mewakili 130 negara, termasuk 52 ketua negara di bandar peranginan Davos ini, di Pergunungan Alps.

Forum bertemakan ‘Kerjasama Dalam Dunia Terpisah : Menangani Krisis Mendesak, Mengendalikan Cabaran Masa Depan,’ itu dianjurkan di tengah-tengah pelbagai krisis yang telah meningkatkan lagi perpecahan serta pemisahan landskap geopolitik dunia.

Delegasi Malaysia ke WEF bagi tahun ini diketuai Tengku Zafrul yang dijangka menyertai sesi termasuk berkaitan kos perpecahan ekonomi, rantaian bekalan, pengangkutan dan juga ‘Living with Risk’ (Hidup Bersama Risiko) yang mana beliau merupakan antara tiga ahli panel bagi sesi tersebut. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat