Kapal Militan China Kerumuni Perairan Dalam Pertikaian di Filipina

- Advertisement -

Gambar satelit terbaharu minggu ini memperlihatkan kapalmilitan laut China berkumpul di sekitar wilayah yang dipertikaikan di Laut China Selatan, seminggu selepasFilipina mengatakan anggaran 135 kapal tersebut”mengerumuni” kawasan tersebut.

China dan Filipina sama-sama merebut terumbu yang dinamakan Whitsun, walaupun ia terletak dalam zon ekonomieksklusif (EEZ) yang diiktiraf secara antarabangsa milikFilipina, memberikan Manila hak berdaulat untukmemanfaatkan sumber hasil kawasan tersebut.

Gambar pada 10 Disember dan yang dikeluarkan pada hariSelasa oleh penyedia imej satelit SkyFi mendedahkan apayang didakwa lebih daripada 75 kapal militan laut China terikat bersama berhampiran terumbu tersebut.

hari selasa laut China adalah armada kapal-kapal yang dibinakhas untuk digunakan bersama-sama dengan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China dan Pengawal Pantai China. Beijing tidak secara rasmi mengakui kewujudan kuasa militanlaut ini dan mendakwa ia terdiri daripada sekumpulan nelayanpatriotik.

Sifat tidak rasmi militan laut ini memberikan Beijing penafianyang munasabah apabila kapal-kapal itu memasuki wilayah dalam pertikaian. Pemerhati percaya kerajaan China menggunakan bot-bot nelayan itu untuk meningkatkankawalan de facto ke atas kawasan yang dipertikaikan di Laut China Selatan, termasulah di kepulauan Spratly di mana Whitsun Reef terletak.

Pihak berkuasa antarabangsa telah menuduh armada kapaltersebut terlibat dalam kegiatan yang membahayakan dan bersifat agresif. Beberapa kapal mereka baru-baru ini dirakamterlibat dalam ketegangan di Scarborough Shoal dan Second Thomas Shoal yang berdekatan, di mana hak miliknya masihdirebut antara Manila dan Beijing.

Gambar SkyFi menunjukkan gerombolan kapal militan lautChina yang kelihatan berlabuh di luar terumbu berbentuk V itu dan terikat bersama – taktik yang dikenali sebagai”rafting.”

“Rafting” adalah “taktik zon kelabu mengikat kapal bersamadalam keadaan berlabuh untuk menubuhkan pos terapungsepara kekal yang sukar disurai kerana jisim kolektif mereka,” kata penganalisis Stanford Gaute Friis dalam laporan bulanJulai yang diterbitkan oleh projek SeaLight universiti itu.

Tentera Laut Filipina sebelum ini mengatakan jumlah kapalmilitan laut di Whitsun Reef telah menurun kepada 28 pada 6 Disember. Mereka kelihatan kembali ke wilayah itu pada hujung minggu lalu.

“Kebanyakannya apa yang cuba dilakukan oleh China sepanjang tahun adalah untuk mendapatkan semua orang terbiasa dengan idea bahawa China ada di sini dan anda tidakboleh menghilangkannya. Idea itu adalah mereka akanperlahan-lahan mengembangkan skop dan jangkauan merekake pinggir tuntutan sembilan garis mereka dan hampir hinggake garisan pantai jiran mereka,” kata Pengarah SeaLight Ray Powell kepada SkyFi.

Pengawal Pantai Filipina, yang telah memerhatikanperkembangan ini selama bertahun-tahun berkata, kapal-kapalChina mengabaikan cabaran radio yang dihantar kapalperonda ntuk mendokumentasikan “kehadiran haram” mereka.

Whitsun Reef terletak kira-kira 750 batu dari Hainan, wilayah terhampir China. Ia adalah salah satu daripada kira-kira 200 Kepulauan Spratly yang didakwa oleh China sebagaisebahagian daripada wilayah bersejarahnya, menimbulkantentangan daripada negara-negara penuntut lain sepertiVietnam, Brunei, Malaysia, dan Taiwan, selain daripadaFilipina.

Memblasa terhadap soalan yang diajukan pada awal bulan inimengenai kehadiran militan laut China di terumbu itu, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, menyatakan mereka adalah bot-bot nelayan yang secara sahberlindung daripada cuaca buruk dalam perairan China.

Pemerhati khusus kepada kegiatan armada militan laut inimengatakan, walaupun digambarkan oleh Beijing sebagaikapal nelayan, bot mereka tidak mempunyai sebarang anakkapal dan sering kelihatan terlalu bersih.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat