Zahid Lantik Semula Ahmad Jazlan Sebagai Pengerusi Felcra

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi FELCRA.

Menurutnya keputusan itu dibuat dengan mengambil kira pandangan perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad.

“Saya tak boleh untuk tak setuju untuk memberikan kepercayaan semula kepada Datuk Ahmad Jazlan.

“Dengan ini saya mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (Datuk Ramlan Harun) untuk mengeluarkan surat pelantikan semula dengan sesegera yang mungkin, tertakluk kepada persetujuan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Menteri sudah bersetuju atas arahan Timbalan Perdana Menteri. Tidak mustahilah Datuk KSU segera menyempurnakan lantikan semula itu,” katanya pada Majlis Sambutan 40 Tahun serta Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke-40 koperasi malam tadi.

Untuk rekod, Ahmad Jazlan sebelum ini dilantik ke jawatan itu pada Oktober 2021.

Beliau adalah antara lantikan politik yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai pengerusi Felcra susulan pembentukan kerajaan baru selepas PRU15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat