YBR Sediakan Perpustakaan Digital Masjid Pertama Di Malaysia

- Advertisement -

PULAU PINANG – Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengambil inisiatif menyediakan Serambi Ilmu Rakyat ‘SIR Corner’ iaitu Perpustakaan Digital (E-Library) Raudhatul Ulum di Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata ini merupakan masjid pertama di Malaysia yang mempunyai ruang khas bertujuan memudahkan jemaah dan pelajar bagi mendapatkan maklumat dan bahan digital.

“Ini bertujuan menggalakkan pembacaan dalam platfom digital serta membudayakan amalan membaca dikalangan rakyat terutamanya para jemaah masjid dan juga penduduk setempat.

“Inisiatif ini merupakan yang pertama dilaksanakan di dalam masjid di mana sebelum ini YBR memfokuskan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Diharap komuniti yang hadir ke masjid dapat menunaikan ibadah sambil menggunakan peluang ini sebagai salah satu platform mencari bahan-bahan digital dan informasi terkini ketika di masjid semasa menunggu waktu solat,” katanya pada majlis perasmian E-Library Raudhatul Ulum hari ini.

Dalam majlis yang sama juga diadakan Program Kem Remaja Mumtaz dengan kerjasama Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut yang disertai oleh 80 pelajar muslim dalam kariah itu terdiri dari pelajar keluarga B40.

Syaiful Rizal berkata, selain misi membantu mereka yang kurang bermampuan, Program Kem Remaja ini turut memberi peluang kepada komuniti masjid untuk menjadikan masjid sebagai sebuah hab pendidikan selain ruang untuk beribadah.

“Inisiatif seperti ini diharapkan dapat memberi momentum dalam melahirkan masyarakat yang berpendidikan yang menjadi asas kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk jangka masa yang panjang,” katanya.

Majlis Perasmian E-Library Raudhatul Ulum di sempurnakan oleh Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan disusuli upacara gimik penyerahan ‘SIR Corner’ yang diserahkan kepada Pengerusi Masjid Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut, Ustaz Hj Yusof Yaacob yang

Majlis turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri PulaU Pinang (MAINPP), YB. Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Dr. Mohd Siroj Bin Abdul Latiff, Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat