MoU Kerajaan Perpaduan tumpu isu ekonomi dan rakyat – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Perjanjian Persefahaman Kerjasama oleh lima gabungan parti politik utama bagi membentuk Kerajaan Perpaduan mampu menstabilkan politik negara sekaligus memberi fokus kepada isu ekonomi dan rakyat, jelas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu melalui hantaran di Facebooknya berkata, fokus ekonomi perlu diberikan perhatian segera lebih-lebih lagi persediaan negara mendepani suasana ekonomi yang lembap.

“Malah Bank Dunia menjangkakan peningkatan agresif terhadap dasar kadar faedah di negara-negara seluruh dunia akan membawa kepada kemelesetan ekonomi global pada 2023.

“Implikasinya adalah tahap permintaan akan berkurangan akibat kadar faedah yang tinggi yang seterusnya merencatkan ekonomi dunia.

“Terdapat juga kemungkinan Amerika sebagai kuasa ekonomi dunia akan terjerumus dalam masalah ekonomi dan ini memberikan kesan langsung yang tidak baik kepada dunia,” katanya.

Oleh Itu katanya, fokus Kerajaan Perpaduan mendepani pelbagai cabaran dalam urusan ekonomi dan kewangan negara perlu mendapat keutamaan daripada berpolitik sepanjang masa.

Beliau menambah langkah kerajaan juga memastikan tariff elektrik tidak meningkat untuk memastikan harga barangan dan perkhidmatan tidak terkesan adalah langkah permulaan kerajaan untuk lebih serius menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya banyak lagi usaha untuk membantu mengurangkan potensi kenaikan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan diumumkan.

“Kesemua usaha ini perlu penelitian dan fokus terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat. Tempoh 5 tahun bukanlah tempoh lama untuk untuk memulihkan ekonomi negara.

“Maka, ketenangan politik dalam tempoh masa ini adalah penting agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama bekerjasama dengan kerajaan untuk membina negara yang lebih baik dan kembali disegani di mata dunia.

“Naratif Melayu dan Islam yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan jelas menunjukkan aspek yang lebih moderate dan progresif,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat