Konsep Kemajuan Desa perlu diperluas- Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menyarankan agar konsep Kemajuan Desa diperluaskan dan diberikan makna besar sesuai dengan komitmen kementerian itu.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan melakukan pelbagai usaha bagi memastikan pemugaran dan rekayasa sosial dirasai oleh warga desa dengan sebaik-baiknya.

“Rekayasa sosial ini menuntut pihak kerajaan, institusi, malah parti politik untuk memainkan peranan penting memulihkan sikap dan tingkah laku masyarakat dengan membawa agenda pembangunan yang lebih progresif.

“Konsep Desa perlu diberikan makna yang lebih dinamik dan sesuai dengan perubahan dan arus pembangunan.

“Maka desa yang tradisional sebagai kawasan lingkungan yang mempunyai konotasi negatif harus dikikis sesuai dengan perubahan zaman,” katanya melalui hantaran Facebook rasminya hari ini.

Justeru jelasnya, Kemajuan Desa akan didorong 4 imperatif utama iaitu data & digital, ekonomi, sosial & sahsiah serta akses dan alam sekitar.

“Setiap imperatif akan ada huraiannya yang tersendiri dan akan saya kongsikan dari semasa ke semasa.

“Sudah pasti saya memerlukan maklum balas semua warga desa dan bukan desa bagi tujuan ini. Amat penting bagi kita yang majoriti kita berasal daripada desa untuk meningkatkan penyertaan idea-idea pembangunan desa,” katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu bersatu hati, memupuk kerjasama, melupakan kulit ideologi politik bagi bersama-sama membangunkan negara.

“Peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Maksudnya walaupun indah hidup di negeri orang, sebenarnya lebih bahagia hidup di negeri sendiri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat