PKR Nafi Anwar Didesak Letak Jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada masalah dalam Pakatan Harapan (PH), tegas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan dikeluarkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Khamis

Dakwanya, kenyataan kedua-dua pemimpin itu hanya bersifat peribadi, tidak mewakili suara PH secara bersama.

“Saya ingat (rasa) kita tiada masalah. Ini adalah satu kenyataan peribadi… tapi konsensus PH akan diteruskan dan saya percaya bahawa semua pemimpin, rakan kita daripada PH dan dari luar akan bersama-sama dengan kita.

“Bersama untuk bawakan perubahan yang dinantikan rakyat di mana mandat rakyat akan diberi kuasa balik pada masa akan datang,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Khamis.

Tambah beliau, tidak timbul isu desakan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan kerana Majlis Presiden PH juga bersetuju untuk beliau meneruskan agenda yang dibincangkan sebelum ini.

Astro AWANI pada Khamis melaporkan dua pemimpin utama PH mencadangkan agar gabungan itu membuat satu anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang.

Mohamad dan Guan Eng dalam satu kenyataan bersama menegaskan, sudah tiba masanya untuk seluruh blok pembangkang bersatu demi membina kekuatan bersama yang ada atas landasan perjuangan bersama.

Sementara itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan Howard Lee pula berkata, sebarang keputusan melibatkan dasar PH, termasuk menukar kepimpinan, perlu dicapai secara konsesus oleh semua parti dalam gabungan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Perak itu berkata, prinsip itu merupakan asas kekuatan PH dan ia harus sentiasa dipegang bagi mengelakkan konflik yang boleh menggugat kerjasama sedia ada.

Ketika Belanjawan 2021 diundi di peringkat dasar pada 26 November lalu, hanya 13 Ahli Parlimen termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang bangun mendesak undian belah bahagian.

Ahli Parlimen PH yang lain tidak bangun kerana mengikut arahan Anwar yang dikeluarkan pada saat akhir dengan alasan mempunyai strategi menolak Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa dan bacaan ketiga.

Namun, selepas 10 hari berbahas dan mengundi, kesemua peruntukan 27 kementerian lulus biarpun terdapat beberapa kementerian berdepan undi belah bahagian. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,481FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat