Oleh Zihan Zari
IPOH – Sebanyak 138 projek inovatif dalam Program Civil Engineering Student Project Innovation Symposium (CESPiS) Siri 2/2025 antara yang terbesar dalam sejarah Final Year Project (FYP 2) Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) Politeknik Ungku Omar (PUO) telah dipamerkan di Dewan Jubli Perak, PUO dekat sini baru-baru ini.
Bertemakan ‘Empowering Future Engineers through Creativity & Innovation’ CESPiS merupakan satu platform penting mempamerkan hasil projek tahun akhir pelajar DKA PUO.
PUO dalam kenyataan berkata program ini memberi ruang kepada pelajar untuk mempersembahkan idea, hasil penyelidikan dan ciptaan kreatif yang berpotensi diketengahkan dalam dunia kejuruteraan sebenar.
“Projek inovatif yang dipamerkan pada kali ini, telah diselia oleh 19 orang penyelia yang komited dalam membimbing pelajar sepanjang proses pembangunan projek.
“Penilaian projek dijalankan oleh 16 orang panel pakar (expert panel) dari pelbagai institusi dan industri berkaitan, dibantu oleh 12 orang panel dalaman dari PUO rentas jabatan, ”kata kenyataan itu.
Katanya, sebagai tanda pengiktirafan terhadap kecemerlangan pelajar, empat penerima utama bakal dipilih sebagai pemenang utama CESPiS 2025 bagi kategori terbaik dalam aspek inovasi, kreativiti dan keberkesanan projek.
Empat kategori utama itu, Projek Terbaik, Pembentang Terbaik, Poster Terbaik dan Reruai Terbaik.
“Penganjuran CESPiS kali ini bukan sahaja menjadi medan pengiktirafan hasil kerja pelajar, malah turut menggalakkan budaya inovasi dan pemikiran kritikal dalam kalangan bakal jurutera masa depan,”katanya lagi.
Ujarnya, melalui program sebegini, PUO terus memperkukuh peranannya sebagai institusi peneraju dalam melahirkan graduan teknikal yang kreatif, berdaya saing dan seiring dengan keperluan industri masa kini. – SUARA.TV



