KEMAS Selangor terima sumbangan buku bernilai RM40 ribu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyalurkan sumbangan 850 set buku bacaan bernilai RM40 ribu kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Selangor sebagai sumber bacaan.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata ini merupakan inisiatif pihak YBR dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat terutama kepada kanak-kanak.

“Diharap buku-buku itu nanti bukan hanya bermanfaat kepada kanak-kanak yang di institusi tersebut malah dijadikan sebagai salah satu material dalam sesi pengajaran guru-guru.

“Selain misi membantu meningkatkan sosioekonomi melalui pendidikan, inisiatif seperti ini merupakan sebahagian termasuk dalam kategori asnaf fisabilillah iaitu sama ada jihad dengan tangan, tenaga, harta dan lisan dimana YBR memfokuskan melalui bantuan pendidikan dan pembelajaran,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya akan berusaha untuk mengenalpasti lebih ramai lagi mereka yang memerlukan dalam menyalurkan bantuan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung serta meningkatkan aktiviti kemasyarakatan serta pendidikan negara.

“Pada tahun 2022, YBR telah memperuntukkan sebanyak RM900,000.00 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya.

Beliau menyerahkan bantuan tersebut hari ini kepada Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Selangor, Mohd Ali Hanafiah Abu Hassan.

Turut hadir adalah Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman.

Untuk rekod, buku-buku sumbangan tersebut merupakan buku bacaan kanak-kanak berjudul Nuri yang berkisarkan persahabatan si cilik bernama Siti dan burung peliharaannya Nuri dalam menerapkan pelbagai nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian malah turut diselitkan dengan elemen pembelajaran seperti sains, alam semula jadi dan budaya menabung.

Penghasilan buku bacaan ini merupakan kesinambungan daripada siri animasi “Nuri The Series” yang telah dibangunkan oleh pelajar Diploma Kemahiran dibawah tajaan YBR yang dibiayai sepenuhnya oleh YBR dalam membuka peluang pekerjaan dan pendedahan kepada mereka selepas menamatkan pengajian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat