Minum Kopi, Teh Kurangkan Risiko Nyanyuk dan Strok – Kajian

- Advertisement -

LONDON – Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine mendapati bahawa meminum kopi atau teh boleh membantu mengurangkan risiko menjadi nyanyuk dan terkena serangan strok, lapor agensi berita United Press International semalam.

Individu yang meminum dua hingga tiga cawan kopi atau tiga hingga lima cawan teh sehari adalah 20 peratus kurang berisiko untuk terkena serangan strok atau menjadi nyanyuk berbanding mereka yang tidak meminum kedua-dua jenis minuman itu.

Pengambilan kopi sahaja atau dicampurkan dengan teh turut dikaitkan dengan risiko selepas strok yang rendah atau gejala nyanyuk yang berlaku selepas strok sehingga 40 peratus.

“Kajian kami mendapati bahawa pengambilan kopi dan teh yang sederhana dikaitkan dengan kurang berisiko untuk terkena serangan strok dan nyanyuk,” demikian kenyataan ditulis sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin di China.

Penyelidik menambah, pengambilan kedua-dua minuman itu mungkin mempunyai manfaat kesihatan bersama bagi mencegah strok dan nyanyuk. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat