Program i-Sinar, Manifestasi KWSP Sokong Usaha Kerajaan Bantu Rakyat – Tengku Zafrul

Pemberian Vaksin Pneumokokal Bermula 1 Disember

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

EU Perlu Hentikan Diskriminasi Minyak Sawit Malaysia -Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa Kesatuan Eropah (EU) berhenti daripada diskriminasi minyak sawit Malaysia. Gesaan itu di buat di hadapan 27...

Terima Hakikat UMNO Parti Dominan Atau Game Over & No Deal – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Hakikat bahawa UMNO merupakan parti dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan sebaliknya perlu diterima semua pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian...

Pemberian vaksin pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM bermula hari Selasa

CYBERJAYA: Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) seluruh negara,...

Macau Scam: Addy Kanna, Alvin Goh ditahan dua tahun

KUALA LUMPUR - Suspek utama sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian, Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong...

KUALA LUMPUR: Program i-Sinar yang dimumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini adalah kesinambungan program i-Lestari yang dilancarkan pada Mac 2020.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, program itu adalah hasil perbincangan di antara KWSP dan Kerajaan dalam menambah baik inisiatif pengeluaran Akaun 1 secara bersasar.

“Mendukung semangat prihatin rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan dan insentif untuk membolehkan rakyat menghadapi cabaran-cabaran semasa ekoran penularan wabak COVID-19.

“Pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan sejak Mac 2020 – PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA dan KITA PRIHATIN bernilai RM305 bilion, termasuk Belanjawan 2021 dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara sebanyak RM322.5 bilion – adalah manifestasi komitmen kerajaan untuk melindungi kesejahteraan dan kebajikan rakyat secara berterusan.

“Program i-Sinar yang telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini adalah kesinambungan kepada program i-Lestari (pengeluaran simpanan Akaun 2) yang telah pertama dilancarkan KWSP pada Mac 2020,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Di bawah i-Sinar, Tengku Zafrul menjelaskan, syarat pengeluaran adalah terbahagi kepada kategori simpanan Akaun 1 bawah RM90,000 dan kategori simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000.

Buat kategori ahli KWSP yang memiliki simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah, ahli boleh membuat pengeluaran secara beransur selama 6 bulan sehingga maksimum RM9,000; dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000.

Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan.
BACA: i-Sinar: Skop pengeluaran Akaun 1 KWSP diperluas, manfaatkan 2 juta ahli terkesan akibat COVID-19.

Manakala bagi kategori ahli yang mempunyai jumlah simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000, ahli dibenarkan mengeluarkan secara ansuran selama 6 bulan sehingga maksimum RM60,000 (tertakluk kepada jumlah simpanan); dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000. Pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM10,000 sebulan.

“Kerajaan berharap pendekatan ini bukan sahaja meringankan beban aliran tunai, tetapi dapat memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran semasa.
Penambahbaikan ini telah dibuat berpandukan data dan analisa profil tanggungan ahli KWSP yang terkesan serta pertimbangan tren jangkitan COVID-19.
“Pendaftaran i-Sinar akan bermula pada bulan Disember 2020 dan pengeluaran pertama akan dilaksanakan mulai Januari 2021. Butiran lanjut boleh didapati di pautan www.kwsp.gov.my.

“KWSP mensasarkan sehingga 2 juta ahli yang terkesan COVID-19 akan dapat memanfaatkan i-Sinar, iaitu golongan yang telah kehilangan pekerjaan, pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2-bulan berturut-turut, atau pekerja yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan ingin mengingatkan jelas Tengku Zafrul, bahawa program i-Sinar akan berjalan serentak dengan beberapa lagi inisiatif dan bantuan menerusi KWSP, termasuk program i-Lestari dan pengurangan caruman bulanan oleh pekerja yang telah diumumkan dalam PRIHATIN dan Belanjawan 2021.

Program i-Sinar dianggarkan bernilai sebanyak RM14 bilion, program i-Lestari RM30 bilion, pengurangan caruman pekerja kepada 7% (bagi tahun 2020) bernilai RM8 bilion dan pengurangan caruman kepada 9% (bagi tahun 2021) pula dianggarkan sebanyak RM9 bilion.

Inisiatif KWSP yang dilaksanakan bagi membantu kelangsungan hidup rakyat bagi tahun 2020-2021 adalah berjumlah RM61 billion.

Bagaimanapun tegas Tengku Zafrul, kerajaan sedar bahawa KWSP merupakan simpanan hari tua ahli, justeru terdapat keperluan mengimbangi antara bantuan dan kepentingan persaraan untuk masa depan.

“KWSP memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara secara langsung dan tidak langsung. Antara lain, KWSP memegang 30% bon kerajaan, 25% bon korporat dan 10% dalam pasaran ekuiti.

“Dalam hal ini, kebolehan KWSP untuk terus menyokong usaha kerajaan dalam melindungi rakyat dan pembangunan negara adalah hasil kecekapan pengurusan dan ketelusan kawalan selia yang berterusan sejak dahulu lagi.

“Kerajaan berterima kasih kepada KWSP dalam perkara ini. Kerajaan juga ingin mengingatkan bahawa bantuan-bantuan lain bagi melindungi rakyat di bawah PRIHATIN, PENJANA dan KITA PRIHATIN serta Belanjawan 2021 masih berjalan atau bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

“Ini termasuk bayaran fasa kedua BPN 2.0, pembayaran rayuan Bantuan Sara Hidup 2020, pembayaran Geran Khas Prihatin 2.0, Program Subsidi Upah 2.0, Bantuan Prihatin Rakyat dan pelbagai lagi. Dalam hal ini, Kerajaan tidak pernah berkompromi dalam usaha melindungi nyawa dan kehidupan rakyat,” jelas Menteri Kewangan itu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Pemberian Vaksin Pneumokokal Bermula 1 Disember

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

EU Perlu Hentikan Diskriminasi Minyak Sawit Malaysia -Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien menggesa Kesatuan Eropah (EU) berhenti daripada diskriminasi minyak sawit Malaysia. Gesaan itu di buat di hadapan 27...

Terima Hakikat UMNO Parti Dominan Atau Game Over & No Deal – Shahril Hamdan

CYBERJAYA: Hakikat bahawa UMNO merupakan parti dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan sebaliknya perlu diterima semua pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian...