Kapal Terbang Langgar Beruang

- Advertisement -

ALASKA: Dalam satu kemalangan yang cukup luar biasa, sebuah pesawat Boeing 737 telah melanggar dan membunuh seekor beruang coklat, ketika mendarat di Lapangan Terbang Yakutat di Alaska pada Sabtu.

Penerbangan Alaska Airlines 66 tiba dari Cordova ke Yakutat ketika kru penerbangan melihat dua ekor beruang melintasi landasan semasa cuba mendarat, menurut satu kenyataan oleh Alaska Airlines.

“Bahagian tayar depan pesawat berjaya mengelak dari terkena beruang tersebut, tetapi kapten terasa kesan hentaman di sebelah kiri apabila beruang berkenaan terkena bahagian bawah pesawat,” menurut kenyataan syarikat penerbangan itu.

Juruterbang sempat melihat seekor beruang terbaring beberapa kaki di bahagian tengah landasan ketika sedang memakir pesawat Boeing 737-700 tersebut.

Setelah diperiksa, bahagian pelindung kiri enjin pesawat rosak dalam perlanggaran itu dan juruteknik penyelenggaraan sedang berusaha untuk memperbaikinya.

Enam penumpang berada dalam penerbangan pada masa itu, tetapi tidak ada kecederaan dilaporkan.

Setelah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut, kru penyelenggaraan dan operasi lapangan terbang mengeluarkan bangkai beruang itu dan membawanya ke gudang simpanan, menurut Sam Dapcevich, seorang pegawai perhubungan awam untuk Jabatan Pengangkutan dan Kemudahan Awam Alaska.

Jabatan Perikanan Alaska telah dihubungi untuk menguruskan pelupusan bangkai beruang tersebut dengan sempurna – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat