Semua parti bagi UMNO menang tanpa bertanding di Gerik – DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa semua parti politik agar tidak meletakkan calon dan sekali gus memberi kemenangan percuma kepada UMNO ekoran pemergian Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman.

Guan Eng berkata, situasi ini bertujuan mengekang risiko penularan wabak Covid-19 semasa pilihan raya kecil (PRK).

“Pemergian Hasbullah mengundang satu lagi pilihan raya kecil dalam 60 hari, yang boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan awam ketika Malaysia berada di tengah-tengah lonjakan tinggi jangkitan Covid-19.

“Sebagai pengiktirafan khidmat beliau dan bahawa Malaysia berada dalam gelombang ketiga jangkitan Covid-19 yang teruk, seharusnya tidak ada pertandingan dalam pilihan raya kecil oleh parti-parti untuk melawan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Hasbullah.

“DAP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ahli Parlimen UMNO Gerik, Hasbullah Osman yang meninggal dunia semalam akibat serangan jantung.

“Walaupun berada di sebelah pihak lawaN, Hasbullah telah berkhidmat lebih daripada dua penggal sebagai ahli Parlimen dan kepada rakyat di kawasannya,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat