1,210 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini, Lembah Klang Catat Kes Tertinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan sebanyak 1,210 jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini ialah 49,730 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata negeri di sekitar Lembah Klang merekodkan 518 kes positif baharu.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 435 kes (84.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster.

“Sebanyak 206 kes yang dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah daripada Kluster Tapak Bina Damanlela yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara.

“Sebanyak 142 kes (52.4 peratus) yang dilaporkan di Selangor pula adalah daripada Kluster Teratai yang melibatkan 131 (92.3 peratus) bukan warganegara.

“Kedua-dua kluster ini merupakan kluster yang melibatkan tempat kerja,” katanya dalam kenyataan media berhubung perkembangan COVID-19 pada Selasa.

Katanya lagi, Sabah pula merekodkan 499 kes baharu.

“Sebanyak 122 kes (24.4 peratus) dilaporkan daripada Kluster Penjara Sandakan (122 kes) manakala 106 kes (21.2 peratus) pula adalah daripada kluster baharu iaitu Kluster Avenue.

“Sebanyak 172 kes (14.2 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (122 kes), Kluster Tembok (20 kes), Kluster Penjara Kepayan (16 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes),” tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata, daripada 1,210 kes baharu pada Selaasa, terdapat 19 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“19 kes import mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan lima warganegara dan 14 lagi bukan warganegara.
“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini terdapat sebanyak 13,806 kes,” katanya

Beliau berkata jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini ialah sebanyak 105 dan daripada jumlah itu, 40 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Katanya, Malaysia juga merekodkan 1,018 kes yang telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 36,624 kes yang bersamaan dengan 73.6 peratus.

Dalam tempoh 24 jam juga, beliau berkata lima kes kematian baharu direkodkan menjadikan angka keseluruhan kes kematian di negara menjadi sebanyak 318 kes (0.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat