Hanya Jadi Pengacara Untuk 2 Episod, Azwan Ali Sah Tinggalkan Rancangan Lagu Cinta Kita?

- Advertisement -

Selama 2 episod bersiaran di TV3, rancangan Lagu Cinta Kita 2 sentiasa ‘trending’ disebabkan pengacara, juri dan juga para pesertanya. Menjadi tumpuan ramai apabila Azwan Ali membuat kemunculan semula dengan imejnya yang versatil dan professional sebagai seorang pengacara.

Semalam, Azwan Ali telah mengumumkan di Twitter miliknya bahawa episod kedua yang berlangsung pada hari Ahad, 15 November merupakan episod terakhir bersama dengannya dan selepas ini Elly Mazlein akan bersiaran dengan pengacara lain pula.

 

Azwan Ali mengucapkan terima kasih kepada TV3 kerana memberikan kepercayaan dengan menawarkannya menjadi pengacara bagi program Lagu Cinta Kita 2 walaupun hanya untuk 2 episod sahaja.

Lantaran perkongsian itu, rata-rata netizen berasa terkejut dan tidak gembira dengan berita itu. Para netizen juga mahukan pengacara tersebut terus mengendalikan episod akan datang sehingga program Lagu Cinta Kita 2 selesai.

 

 

 

Adakah anda juga mahu Azwan Ali kekal sebagai pengacara Lagu Cinta Kita 2? Berikan pendapat anda mengenai perkara ini.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat