Filem The Batman terjejas lagi akibat Covid-19

- Advertisement -

London: Penggambaran filem The Batman terganggu lagi apabila pelakon lagak ngeri filem itu didapati positif Covid-19.

Walaupun penggambaran tidak dihentikan sepenuhnya, pelakon terbabit bersama sembilan kru tidak akan ke lokasi penggambaran kerana perlu menjalani kuarantin.

Bagaimanapun, pelakon utama dan kru lain tetap meneruskan penggambaran seperti biasa.

Namun, mereka mengakui situasi di lokasi penggambaran filem ini agak berbahaya selain membuatkan penggambaran menjadi perlahan.

September lalu, pelakon utamanya Robert Pattinson disahkan positif Covid-19 dan penggambaran dihentikan sementara. Terdahulu, penggambaran filem itu dihentikan pada Mac lalu akibat penularan Covid-19.

Penggambaran The Batman bermula pada awal tahun ini di London. Penundaan memaksa penjadualan semula filem ini yang sepatutnya dikeluarkan pada Julai tahun depan ke Oktober.

Pengarahnya, Matt Reeves tetap ingin menyelesaikan penggambaran di London sebaik pandemik Covid-19 berakhir.

Dia sukar membayangkan jika tidak dapat menyelesaikan penggambaran di bandar raya itu.

Penggambaran turut dijalankan di St George’s Hall, Liverpool.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat