Elneny Pula Positif COVID-19

- Advertisement -

LONDON: Pemain tengah Arsenal dan Mesir, Mohamed Elneny diuji positif COVID-19, kata ejennya, Alan Nazmy menerusi ciapan di Twitter.

“Elneny positif COVID-19 moga cepat sembuh,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) dalam Facebook badan induk itu mengesahkan Elneny kini menjalani kuarantin selari dengan protokol perubatan yang ditetapkan.

Keputusan ujian Elneny itu hadir tiga hari selepas penyerang Liverpool, Mohamed Salah turut didapati positif COVID-19 ketika menggalas tugasan antarabangsa bersama Mesir.

“Keputusan ujian calitan yang dijalankan pasukan kebangsaan sebaik tiba di Togo menunjukkan semua pemain negatif kecuali pemain Arsenal, Mohamed Elneny yang didapati positif tanpa gejala,” kata EFA.

Mesir yang turun tanpa kelibat Salah melakar kemenangan 1-0 ke atas Togo dalam saingna kelayakan Piala Negara-Negara Afrika, Sabtu lalu. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat