‘Tiada Moral’, Shahril Bidas Pihak Tertentu Burukkan PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dakwaan ‘100 Hari Perdana Menteri: Kad laporan KPI Ahmad Maslan dibebaskan daripada pendakwaan, Rosmah dapat balik pasport untuk melancong ke Singapura dan Zahid dibenarkan untuk terbang ke Jerman dan kini Najib memohon untuk diberi semula pasportnya’ dibidas oleh Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Kata Shahril, penggunaan grafik sedemikian adalah tindakan pihak tertentu yang tidak ada modal untuk memburukkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO.

Memetik laporan UMNO Online, Shahril menegaskan bahawa ia adalah tidak wajar untuk menjulang perkara sedemikian sedangkan hal-hal lain diketepikan.

“Ini keputusan mahkamah dan hal membabitkan perundangan.

“Kita tidak boleh angkat apabila perkara yang minat kita julang, apabila perkara yang tak minat kita mengata,” jelas beliau.

Shahril turut menjelaskan bahawa kes Datuk Seri Ahmad Maslan telah bertindak melawan pendakwaan terhadapnya pada 2019 adalah disebabkan kompaun yang terlalu tinggi, iaitu sebanyak 50 kali ganda oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Beliau sanggup melawan keputusan tersebut di mahkamah. Namun apabila jumlah kompaun berbalik kepada asal maka ia dipersetujui.

“Berkenaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula, beliau dibenarkan ke Jerman bagi mendapatkan rawatan, sementara Datin Seri Rosmah Mansor pula adalah untuk menemani anak mereka Nooryana Najwa yang dijadual bersalin tidak lama lagi,” katanya lagi.
-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat