KEMAS Sabah sumbang kit pastri bantu usahawan

- Advertisement -

PUTATAN – 30 orang peserta Quick Win anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat Wilayah Sabah menerima bantuan kit peralatan masakan berasaskan pastri seperti Ketuhar (Oven) Elektrik, Mesin Pengadun Makanan serta Meja Keluli.

Kit Peralatan ini disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu majlis di Dewan Kampung Petagas, pada Ahad.

“Bantuan kit peralatan ini adalah berdasarkan kepada kursus yang diikuti dengan kadar maksimum bantuan peralatan sebanyak RM4,000 bagi setiap peserta.

“Ia termasuk bahan pembelajaran sepanjang kursus berlangsung serta kos latihan selama 3 hari secara bersemuka atau 5 hari secara atas talian,” katanya

Mahdzir berkata, pemilihan peserta Quick Win KEMAS adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria iaitu kumpulan B40, individu yang telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan serta menunjukkan minat untuk mengembangkan perniagaan.

“Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui KEMAS sentiasa berusaha untuk mencari jalan bagi meningkatkan pendapatan masyarakat di luar bandar khususnya bagi mereka yang mempunyai keinginan untuk mencari peluang-peluang baru dalam perniagaan perusahaan kecil-kecilan di rumah seperti membuat kek, pastri dan juga kuih-kuih tradisional”, katanya.

Jelas beliau, tahun ini, KEMAS telah menerima peruntukan berjumlah RM13.2 juta bagi melaksanakan program-program kemahiran.

“Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM2.74 juta adalah peruntukan bagi melaksanakan program Quick Win.

“Walaupun negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 namun ia tidak menghalang KEMAS untuk mengadakan kursus secara dalam talian sebagai alternatif bagi memastikan KEMAS tetap mendampingi masyarakat luar bandar dan berjaya mensasarkan seramai 760 peserta yang akan menerima manfaat darilada pelaksanaan program Quick Win kali ini”, kata Mahdzir lagi.

“Bagi negeri Sabah, sejumlah 1,672 orang menerima bantuan Quick Win sejak tahun 2017 sehingga 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM2.49 juta

Kursus Kemahiran Quick Win mensasarkan kumpulan belia dan beliawanis B40, peserta kelas kemahiran KEMAS, ibu tunggal, suri rumah dan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Pelaksanaan kursus ini diharap dapat memberi impak dalam memberikan pendedahan kepada peserta yang berpotensi dan ingin menambah pendapatan dalam bidang kemahiran yang diceburi dan seterusnya mampu untuk menjadi pengusaha luar bandar yang berjaya,” katanya.

Untuk rekod program Quick Win mula dilaksanakan di KEMAS pada tahun 2017 dan sehingga 2020, program tersebut telah mempunyai seramai 16,293 orang peserta.

Malah, program kemahiran KEMAS telah diluluskan sejumlah peruntukan pembangunan bertujuan memberikan latihan dan kursus lima bidang utama iaitu masakan, jahitan, dandanan diri, seni tangan serta pendidikan kesejahteraan keluarga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat