Vaksin Covid-19: Cuba Negara Pertama Suntik Kanak-Kanak

- Advertisement -

HAVANA: Cuba menjadi negara pertama memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada kanak berusia dua hingga 10 tahun.

Program besar-besaran itu dilaksanakan dengan menggunakan suntikan vaksin buatan tempatan.

Pihak berkuasa kesihatan sebelum ini melaporkan penularan varian Delta meningkatkan kadar jangkitan dalam kalangan kanak-kanak.

Komuniti saintis negara itu meluluskan vaksinasi kepada kanak-kanak selepas kajian klinikal.

Sebelum ini, vaksinasi terhadap kanak-kanak dan remaja berusia 11 hingga 18 tahun dimulakan beberapa minggu lepas.

Vaksinasi melibatkan dua suntikan vaksin Soberana 02 dan satu suntikan vaksin Soberana plus.

Untuk rekod, negara itu berjaya menghasilkan dua vaksin buatan tempatan, Soberana dan Abdala.

Kedua-dua vaksin itu diluluskan untuk kegunaan kecemasan oleh pihak berkuasa tempatan dan kini dalam proses menyerahkan maklumat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat