USNO Janji RM1,000 Kepada Pengantin Baru Jika Menang PRN Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada rakyat Sabah yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama sekiranya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Itu merupakan salah satu janji yang terkandung dalam manifesto USNO yang dilancarkan Ketua Umum USNO, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di sini semalam.

Pandikar berkata, antara janji lain yang terkandung dalam manifesto USNO termasuk pembiayaan perubatan sehingga RM10,000 selain pemberian RM300 buat setiap anak Sabah yang baru lahir.

“USNO juga berjanji akan menyalurkan bantuan sekurang-kurangnya RM500 sebulan kepada warga emas dan jumlah sama juga akan diberikan kepada orang miskin, yatim, piatu serta ibu tunggal.

“Selain itu, bantuan sebanyak RM500 diberikan kepada keluarga terlibat dalam kes perceraian dan hilang punca pendapatan,” katanya.

Menurut Pandikar, USNO mengambil berat mengenai golongan pelajar dan akan me­nyalurkan bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, selain RM1,000 bagi yang berjaya mendapat tawaran ke menara gading.

“Khairat kematian sebanyak RM1,000 turut diberikan kepada waris yang kematian ahli keluarga selain kenderaan jenazah yang akan diberikan kepada setiap daerah di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bantuan segera sehingga RM10,000 akan diberikan kepada ketua keluarga yang terlibat dalam bencana alam dan kebakaran.

Menurut beliau, sumbangan juga akan disalurkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di negeri ini menjelang pe­rayaan besar.

Selain itu, bil elektrik kurang daripada RM50 dan bil air kurang daripada RM30 pula akan dike­cualikan pembayaran.

“Bantuan juga akan diberikan kepada golongan petani, nelayan dan penternak yang terjejas pada musim tengkujuh, banjir dan bencana,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat