Empat Teras Aku Janji dan Sembilan Fokus GRS Untuk Rakyat Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada PN, BN dan PBS menerusi Aku Janji menawarkan empat teras utama dan sembilan fokus perkhidmatan yang akan dilaksanakan jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Berikut merupakan empat teras utama ‘Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah’ seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

1. HAK SABAH
Memelihara dan terus memperjuangkan hak negeri Sabah berdasarkan MA63; Jawatankuasa Khas DUN berkaitan Hak Sabah; dan penubuhan Majlis Petroleum Sabah dan Dana Petrosabah.

2. BINA KEYAKINAN RAKYAT
Mewujudkan kepimpinan yang bersih, berintegriti, cekap, amanah dan mendahulukan rakyat, dan membina keyakinan rakyat terhadap integriti Penjawat Awam Sabah.

3. WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA (WKB) 2030
Mengecilkan jurang pembangunan antara wilayah; dan menjana ekonomi bernilai tinggi yang merangkumi IR4.0.

4. PERPADUAN RAKYAT SABAH
Memperhebat usaha memupuk perpaduan dan integrasi sosial; mempertahankan kebebasan beragama; memupuk semangat integrasi nasional berpandukan Rukun Negara.

Manakala sembilan fokus perkhidmatan yang akan dilaksanakan GRS jika menang PRN ini merangkumi peningkatan infrastruktur, ekonomi, peluang pekerjaan, perkhidmatan awam, kesihatan & kesejahteraan rakyat, pendidikan & modal insan, keselamatan, belia dan pembangunan wanita.

Berikut adalah maklumat berkaitan sembilan fokus perkhidmatan Aku Janji GRS;-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat