Gua Gomantong Akan Dikembalikan Kepada Suku Kaum Sungai -Bung

- Advertisement -

SUKAU: Gua Gomantong yang terkenal dengan mengeluarkan sarang burung yang terbaik di dunia akan dikembalikan kepada suku kaum Sungai sebagai sumber pendapatan mereka.

Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Sri Bung Moktar Radin berkata, Gua Gomatong suatu ketika dahulu menjadi sumber pendapatan kepada masyarakat suku kaum sungai di Kinabatangan, tetapi setelah berlaku perubahan-perubahan kerajaan semenjak PBS ianya dijadikan sumber pendapatan komersial untuk kerajaan negeri.

“Tetapi sumbangan pendapatan komersial Gua Gomantong kepada kerajaan tidaklah banyak bagi kerajaan,

“Sudah tiba masanya kita memulangkan Gua Gomantong ini kepada rakyat Kinabatangan suku kaum Sungai di Suan Lamba, Sukau, dan Bilit untuk menjana pendapatan,” jelas Bung Moktar ketika ditemubual oleh SuaraTV.

Beliau juga menambah, pemulangan hak Gua Gomantong ini bukanlah untuk menjadi kaya-raya tetapi sekurang-kurangnya suku kaum sungai ini dapat meraih pendapatan harian mereka dan sekaligus dapat menjana ekonomi setempat.

“Kampung-kampung ini selama ini semakin mundur disebabkan kurangnya aktiviti di gua tersebut,

“dan kebanyakkan orang-orang kampung sudah berhijrah ke bandar mencari pekerjaan semenjak mereka kehilangan sumber pendapatan di Gua Gomantong tersebut,” katanya.

Menurut Jabatan Hidupan Liar Sabah, Gua Gomantong mengeluarkan sarang burung yang terbaik di dunia.

Ia merupakan warisan turun-temurun masyarakat kaum Sungai melalui satu perjanjian di antara Orang Sungai Bulud Upih dengan pihak British melalui North Borneo Chartered Company pada tahun 1884.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat