Ahli Warisan Keluar Parti, Kecewa Dengan Janji Palsu

- Advertisement -

SUAN LAMBA: Akibat terpengaruh dengan propaganda dan janji-janji manis Parti Warisan sebelum PRU14 lepas, 82 orang ahli mereka keluar parti dan menyertai UMNO semula.

Wakil mereka, En Ahmad bin Amir berkata, keputusan dia dan 81 orang ahli yang lain menyertai semula UMNO adalah selepas melihat senario politik Warisan yang gagal mentadbir negeri dengan baik.

“Saya melihat Parti Warisan hanya pandai beretorik sepanjang masa, banyak janji-janji mereka tidak ditunaikan,

“Yang paling sedih, Ketua Menteri Dato Seri Shafie Afdal gagal mentadbir negeri ini dengan baik, janji tak tunai dan dengan Filipina pun dia sanggup nak berunding”, katanya kepada SuaraTV.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Sri Bung Moktar Radin ketika berucap dihadapan masyarakat Suan Lamba di Sukau menjelaskan, sepanjang Warisan memerintah negeri Sabah, kebanyakkan jawatan-jawatan utama diberikan kepada suku kaum mereka sahaja.

“Ini tidak baik, kerana Sabah bukan Warisan punya tetapi Sabah ini rakyat yang punya”, ujar beliau.

Beliau juga menjelaskan, Barisan Nasional akan mempastikan kedaulatan negeri Sabah akan dipertahankan dari ancaman negara luar.

“Kita akan kekalkan Sabah dalam persekutuan Malaysia,

“Tidak wujud isu kerajaan dalam kerajaan seperti yang diperjuangkan oleh parti Warisan,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat