Anwar ‘tak hiraukan’ bantahan Umno tetap salurkan peruntukan buat negeri PN – Fadhli

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari akui terkejut membaca pendedahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ada pemimpin Umno yang membantah tindakannya memberi peruntukan kepada negeri Perikatan Nasional (PN).

Justeru tanpa berbasa-basi Fadhli menyindir kononnya, Anwar tidak mempedulikan bantahan Umno dengan terus ‘menyalurkan’ peruntukan kepada negeri-negeri PN.

“Alhamdulillah PMX tetap istiqamah dan tak hiraukan bantahan pemimpin Umno berkenaan. Ini menunjukkan PMX boleh laksanakan agenda reformasi tanpa pedulikan tekanan mana-mana pihak kerana beliau Perdana Menteri.

“Jika beliau tidak laksanakan, maka itu kerana beliau tidak mahu, bukan kerana beliau berdepan tekanan Umno.

“Cumanya, beliau tidak namakan siapa pemimpin Umno itu.

“Adakah ‘pemimpin Umno’ yang dimaksudkan itu seperti dilaporkan Utusan Malaysia pada 13 Oktober 2025 yang lalu ini?- Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan secara sinis mencadangkan supaya keempat-empat negeri pembangkang di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak diberikan peruntukan dalam Belanjawan 2026. Sany berkata, permintaan itu dibuat atas rasional pihak pembangkang asyik mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas.

Terdahulu, Anwar dalam ucapan di Kongres Nasional PKR di Melaka membuat satu dakwaan yang boleh mencetuskan ketegangan antara BN dan PN.

Ketika menafikan dakwaan bahawa pentadbirannya meminggirkan negeri-negeri yang diterajui PN, Anwar mendakwa pemimpin Umno pernah membantah pemberian peruntukan berkenaan.

“Rakan-rakan saya di Kedah, Kelantan dan Terengganu, banyak tegur saya. Banyak rakan-rakan dalam Umno tegur.

“(Mereka dalam Umno berkata) ‘Anwar, ini dasar yang salah. Kenapa bantu?’

Walaupun dia nampak bekerjasama di peringkat negeri, tetapi mereka tidak setuju saya luluskan bantuan untuk Kelantan, Terengganu dan sebagainya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat