Najib Sedang Diuji, Zahid Ajak UMNO Bersolidariti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli UMNO bersolidariti
menyokong Datuk Seri Najib Razak yang kini berdepan cabaran getir di Mahkamah Persekutuan.

Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menggelarkan Najib sebagai “Raja Media Sosial” yang telah berjaya memulihkan imej UMNO yang teruk tercalar kesan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.

“Kita tahu Datuk Seri Najib Razak berdepan cabaran sukar dalam rayuan kes SRC International di Mahkamah Persekutuan semalam.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau untuk mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan terakhirnya adalah keputusan mahkamah dan kita menghormati dan tidak mahu dikatakan menghina mahkamah.

“Namun sebagai rakyat, ahli dan pemimpin parti keputusan tersebut tidak menghalang kami untuk terus bersama perjuangan beliau dalam parti dan kes yang sedang dibicarakan,” kata Zahid dalam kenyataan pada Rabu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menambah, terlalu banyak jasa dan sumbangan Najib telah berikan untuk UMNO, BN dan kerajaan BN yang tak akan dapat dilupuskan dalam sejarah negara.

“Ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah 22 bulan beliau berjaya menangkis serangan terhadap UMNO di kala UMNO diperlekehkan dan cuba dikuburkan oleh musuh politik.

“Melalui media sosial Facebook beliau berjaya menjawab serangan pembangkang dan musuh dalam selimut dengan data dan fakta.

“Malah ketika PRN Sabah, Melaka dan Johor beliau berkampung dan berkempen membantu kemenangan UMNO/BN. Inilah Najib Razak yang kita hormati memperjuangkan UMNO,” ujar Zahid.

Dalam pada itu beliau menambah, perlu diakui media sosial Facebook Najib sangat berpengaruh di negara ini.

“Beliau ialah Raja Media Sosial dan berjaya membantu memulihkan UMNO lebih cepat hingga mereka yang pernah menjauhi dan memperlekeh UMNO sebelum ini dilihat bukan sahaja mahu mendekati malah mahu menguasai UMNO pula sekarang.

“Insyaallah kita di setiap akar umbi cawangan dan bahagian UMNO dan BN akan terus bersama Najib dan susah senang bersama.

“Kita bukan kacang lupakan kulit.
Itulah persahabatan dan perjuangan sejati kita dalam UMNO,” ucap Ahli
Parlimen Bagan Datuk itu lagi.

Menurut beliau, memang keadilan itu suatu perjalanan yang panjang.

“Malah terdapat ungkapan bahawa there are three types of truth. Your truth, my truth and the truth. Truth Is God’s Word.

“Marilah kita terus bersatu hati, bersolidariti bersama Najib . Jangan putus asa. Terus tabah dan terus berjuanglah bersama kita,” ucap Zahid.

Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan pasukan peguam baru, Najib yang minta diberi masa untuk membuat persiapan bagi rayuan kes SRC International.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata rayuan mesti diteruskan mengikut jadual.

Selain itu, pihak pembelaan juga gagal menunjukkan bahawa hakim perbicaraan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik kepentingan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat