Boustead Mesti Buktikan Mampu Siapkan LCS, Tiada Peruntukan Tambahan – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Boustead Holdings Bhd (BHB) wajar membuktikan kepada Menteri Kanan Pertahanan, Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bahawa mereka mampu menyiapkan pembinaan enam unit Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Sebagai Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau tidak akan kompromi berhubung kelewatan pembinaan aset TLDM berkenaan.

“Sebagai Menteri Pertahanan sekarang ini, saya tiada kompromi.

“Boustead mesti bukti kepada saya, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia bahawa mereka mampu selesaikan pembinaan kapal-kapal LCS yang kini ada telah sampai tahap 60 peratus siap,” katanya di Dewan Negara, semalam.

Malah Hishammuddin menegaskan, bahawa kerajaan tidak akan menyuntik peruntukan tambahan kepada projek pembinaan LCS itu bagi tempoh 6 bulan ini

“Saya juga telah jawab soalan Senator Fadhlina Sidek; tiada peruntukan tambahan akan dibayar terutama dalam fasa mobilisasi 6 bulan ini.

“Dengan peruntukan sedia ada, Boustead tiada pilihan – teruskan projek LCS seperti diputuskan Kabinet dengan sebaik mungkin,” tegas Hishammuddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat