Di Padang Bola Bolehlah Sokong Sesuka Hati – A. Kadir Bidas Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seruan Presiden UMNO supaya ahli parti itu bersolidariti menyokong kes mahkamah Datuk Seri Najib dijadikan bahan jenaka.

Tokoh Wartawan Veteran, Datuk A. Kadir Jasin mengingatkan Zahid ‘sokongan’ tanpa bukti tidak akan menjadi memandangkan ini melibatkan perbicaraan di mahkamah.

“Di padang bola bolehlah sokong sesuka hati. Di mahkamah, sokong tanpa bukti tak akan menjadi,” bidas beliau.

Terdahulu Zahid dalam kenyataan menyeru ahli UMNO bersolidariti
menyokong Najib yang kini berdepan cabaran getir di Mahkamah Persekutuan.

Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menggelarkan Najib sebagai “Raja Media Sosial” yang telah berjaya memulihkan imej UMNO yang teruk tercalar kesan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.

“Kita tahu Datuk Seri Najib Razak berdepan cabaran sukar dalam rayuan kes SRC International di Mahkamah Persekutuan semalam.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau untuk mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan terakhirnya adalah keputusan mahkamah dan kita menghormati dan tidak mahu dikatakan menghina mahkamah.

“Namun sebagai rakyat, ahli dan pemimpin parti keputusan tersebut tidak menghalang kami untuk terus bersama perjuangan beliau dalam parti dan kes yang sedang dibicarakan,” kata Zahid.

Dalam perkembangan sama, A. Kadir berkata, nasib baiklah Mahkamah Persekutuan tolak kesemua percubaan pasukan pembelaan Najib dan tangguh perbicaraan sehari saja dan prosiding akan disambung pada Khamis.

“Sekarang mereka kenalah pertahankan dia daripada sudut “legality” berasaskan bukti dan bukan lagi “technicality” yang berasaskan “hearsay” (cakap-cakap mulut),” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat