Agong Diberi Sambutan Negara Di Turkiye

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diberi Sambutan Negara sempena lawatan Baginda ke Turkiye di Kompleks Presiden, Ankara semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada 5.30 petang (waktu tempatan) disambut oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Seri Paduka Baginda menerima tabik hormat daripada Pasukan Pengamanan Presiden diiringi lagu kebangsaan Malaysia ‘Negaraku’ dan lagu kebangsaan Turkiye ‘Istiklal Marsi’ serentak dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.

Seri Paduka Baginda yang diiringi Erdogan, kemudian berkenan memeriksa perbarisan pasukan kawalan kehormatan serta diperkenal kepada barisan Kabinet pemerintah Turkiye, lapor Bernama di Ankara, Turkiye.

Turut hadir Menteri Pengiring yang juga Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pegawai Pengiring Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Protokol Kementerian Luar Aini Mohd Atan dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Ambassador Sazali Mustafa Kamal.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kini dalam rangka Lawatan Negara ke Turkiye selama tujuh hari bermula semalam.

Seri Paduka Baginda juga berkenan mengadakan pertemuan empat mata dengan Erdogan di Istana Presiden.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat