Terkini: Majlis Tertinggi Umno putuskan satu nama sahaja

- Advertisement -

(kemaskini 11.15 malam)

Kuala Lumpur – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menolak cadangan biro politik Umno mahu menamakan empat calon Perdana Menteri dari parti tersebut kepada yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

Dalam mesyuarat yang agak panas kerana perbezaan pendapat calon, MKT memutuskan Umno mesti menghantar satu nama saja. Bagaimanapun MKT Umno gagal menamakan calon tunggal tersebut dan menyerahkan kepada ahli-ahli Parlimen BN untuk memutuskan.

Sementara itu Ahli MKT UMNO, Sharkar bin Shamsudin memaklumkan media, mesyuarat MKT menyerah kepada ahli-ahli parlimen BN menentukan calon pilihan mereka.

Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Berdasarkan pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri oleh ahli-ahli Parlimen BN sebelum ini, Ismail Sabri dijangka mendapat sokongan Umno.

Jika semua ahli Parlimen Umno menyokong Ismail beliau akan memperolehi 115 sokongan berikutan Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sawarak telah mengumumkan sokongan kepada Ismail. Perikatan Nasional kini mempunyai 55 kerusi, Gabungan Rakyat Sarawak 18 dan BN 42 kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat