Sultan Kedah Titah Segera Tambah Bekalan Vaksin

- Advertisement -

ALOR SETAR – Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menitahkan jumlah vaksin yang banyak dapat dibekalkan oleh kerajaan Persekutuan bagi membolehkan negeri itu mencapai imuniti kelompok lebih awal dan sektor ekonomi dipulihkan lebih cepat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Paduka Bakar Din dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sultan Sallehuddin menzahirkan rasa dukacita dengan kadar jangkitan COVID-19 baharu yang dilaporkan setiap hari di Kedah kekal menunjukkan jumlah empat angka sejak hampir sebulan lalu.

“Sehingga semalam, kadar vaksinasi bagi populasi dewasa di negeri Kedah berumur 18 tahun ke atas yang sudah lengkap divaksin hanya mencecah 31.8 peratus manakala yang memperoleh satu dos suntikan adalah sebanyak 55 peratus.

“Ini menunjukkan jika suatu langkah yang serius tidak diambil, Kedah mungkin akan lewat mencapai imuniti kelompok seperti yang dihasratkan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Sultan Sallehuddin meminta hospital swasta, klinik pengamal perubatan am serta seluruh badan korporat dan swasta turut sama berganding bahu memberi sokongan, bantuan dan sumbangan yang bersesuaian dengan fungsi, peranan dan kemampuan masing-masing bagi memangkin peningkatan kadar vaksinasi itu.

“Baginda turut menzahirkan penghargaan buat semua petugas barisan hadapan dan sukarelawan di hospital dan pusat pemberian vaksin di seluruh negeri Kedah yang sedang bertungkus-lumus menjalankan tugas yang diamanahkan,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,577FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat