Diskaun Bayaran Saman Sehingga 70 Peratus Bermula Esok – JPJ

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun pembayaran saman sehingga 70 peratus bagi semua saman kompaun bermula esok sehingga 16 September sempena Hari Kebangsaan ke-64.

Bagaimanapun, tawaran itu tidak terpakai bagi kes yang masih dalam sebutan mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

JPJ menerusi kenyataan akhbar berkata, pengurangan bayaran saman akan diberikan kepada semua notis saman bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Ia juga terpakai bagi notis saman di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist).

“Pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

“Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh dinyatakan iaitu sehingga 16 September depan,” kata kenyataan tersebut.

Urusan pembayaran notis saman boleh dibuat di semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC, kiosk atau secara atas talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/).

Bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang disenarai hitam (blacklist), pesalah dikehendaki hadir semula ke pejabat JPJ (cawangan ataupun negeri), bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

Tawaran pengurangan notis saman ini dibuat semata-mata bagi tujuan meringankan beban rakyat, selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat di negara ekoran daripada pandemik Covid-19. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat