PM Caretaker Hanya Jalankan Urusan Pentadbiran Hingga Kerajaan Baharu Dipilih – KSN

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik turut menjalankan fungsi sebagai Kerajaan Caretaker.

Berdasarkan konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel, Kerajaan Caretaker hanya berfungsi untuk mentadbir negara sehingga satu kerajaan baharu dibentuk.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, dalam hal ini, Kerajaan Caretaker boleh mengambil tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran kerajaan sahaja.

Kerajaan Caretaker bagaimanapun tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan dasar yang boleh mengikat yang boleh memberi implikasi kewangan serta membebankan kerajaan baharu yang bakal dibentuk melainkan tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam.

“Bagi maksud itu, Kerajaan Caretaker boleh mengambil beberapa tindakan antaranya menjalankan tugasan rasmi rutin termasuk menjalankan kuasa yang diberi di bawah undang-undang bagi memastikan jentera kerajaan berfungsi.

“Kerajaan Caretaker juga boleh mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran
kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zuki berkata, Kerajaan Caretaker boleh meneruskan pelaksanaan dasar dan program sedia ada yang mana peruntukan kewangan baginya telah disediakan.

Beliau berkata, ia termasuklah Program Imunisasi Kebangsaan (PICK), Pelan Pemulihan Negara dan juga bantuan lain sebelum tarikh Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Selain itu, katanya, Kerajaan Caretaker boleh membuat apa-apa perjanjian, kontrak dan aku janji yang mana dasar telah diluluskan oleh kerajaan atau peruntukan mengenainya telah diluluskan oleh Parlimen seperti Belanjawan tahun semasa.

“Seterusnya Kerajaan Caretaker boleh mengadakan dan menghadiri majlis-majlis rasmi yang telah dijadualkan bagi sesuatu projek atau program kerajaan,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat