293 Kematian, 19,631 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kes harian COVID-19 di negara ini mencatatkan penurunan dua hari berturut-turut dengan 19,631 kes baharu dilaporkan hari ini, berbanding 19,740 pesakit baharu semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes berkenaan menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada 1,444,270 kes.

Mengenai pertambahan kes hari ini, Dr Noor Hisham berkata, hanya Labuan tidak mencatatkan pertambahan kes, manakala Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes baharu iaitu sebanyak 5,753 kes.

“Turut mencatatkan kes baharu ialah Sabah dengan 2,103 kes, Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,765), Johor (1,309), Pulau Pinang (1,275), Kelantan (1,268) dan Perak (1,101).

“Selain itu ialah Sarawak dengan 835 kes baharu, Pahang (670), Melaka (623), Terengganu (498), Negeri Sembilan (490), Putrajaya (41) dan Perlis (37). Setakat ini, sebanyak 252,147 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini. ,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes harian itu, hanya 1,054 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 525 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 19,326 kes hari ini berada dalam kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala serta bergejala ringan manakala 305 kes lagi atau 1.6 peratus berada dalam kategori tiga hingga lima iaitu mempunyai radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen dan kritikal.

“Secara keseluruhannya, 16,638 kes atau 84.75 peratus kes yang dilaporkan hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya.

Mengenai 293 kes kematian yang dilaporkan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, 251 kes membabitkan warga negara serta 42 kes lagi adalah warga asing dan terdapat 44 kes dilaporkan sebelum tiba di hospital (BID) yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini ialah 13,077 kes.

Seperti sebelum ini, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes kematian iaitu hari ini 90 kes dilaporkan, Kuala Lumpur (47), Johor (42), Pahang (21), masing-masing 19 kes di Melaka dan Perak, Sabah (15), masing-masing sembilan kes di Negeri Sembilan serta Kedah dan Pulau Pinang (lapan), Terengganu (lima) dan Sarawak (dua).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, hari ini terdapat 16,468 kes sembuh menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 di negara ini ialah 1,179,046 kes atau 81.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham memaklumkan pihaknya mengenalpasti 43 kes mempunyai varian membimbangkan (VOC) Delta yang menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti varian berkenaan di negara ini sebanyak 467 kes.

Beliau berkata, sehingga kini jumlah kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC serta varian mempunyai kepentingan (VOI) ialah sebanyak 710 kes.

“Daripada jumlah yang dinyatakan itu, 690 kes adalah VOC serta 20 kes lagi adalah VOI. Secara keseluruhannya, sehingga kini terdapat 467 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat