Calon KM Diputuskan Selepas BN Menang – Zahid Hamidi

- Advertisement -

Kundasang – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua jentera parti agar terus fokus bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Zahid ketika ditemui SuaraTV berkata, sebarang keputusan mengenai calon ketua menteri hanya akan diputuskan setelah parti itu berjaya mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.

“Kita belum melihat aspek itu, yang penting kita harus menang dahulu dan jika mendapat cukup majoriti untuk membentuk kerajaan negeri baru kita putuskan ketika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selepas merasmikan Penutup Kursus Skuad Sabil Sabah di Kem Warisan Negara, Kundasang, pada Ahad.

Zahid turut menjelaskan Barisan Nasional (BN) Sabah akan mengadakan perbincangan bersama parti yang mesra dengan parti itu terlebih dahulu sebelum memuktamadkan senarai calon.

“Pertamanya kita harus mewujudkan penyatuan pemikirian di kalangan pemimpin UMNO (Sabah).

“Walaupun kita tahu terdapat 46 kerusi bumiputera Islam di Sabah tetapi kita belum mengadakan perundingan dengan rakan-rakan kita yang lain.

“Tapi saya amat yakin perundingan yang terbaik akan dilakukan sebelum saya muktamadkan (senarai calon) bersama kepimpinan UMNO/BN Sabah dan parti lain di Sabah ini,” katanya lagi. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat